CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

Mahligai Sejahtera Kedah 2011

Foto sumber internet


Assalamualaikum wbt.

Kepada sahabat NISA' yang dihormati sekalian..

Berita baik untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kedah akan menganjurkan Program Mahligai Sejahtera 2011 yang dijangka diadakan pada bulan November tahun ini. Seramai 50 pasangan pengantin akan diraikan bersama-sama YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan barisan EXCO/ ADUN Kerajaan Negeri.

Tujuan program ini adalah untuk meringankan bebanan kewangan pengantin lelaki dalam persediaan perkahwinan. Bakal pengantin yang terpilih akan dberi Kursus Perkahwinan secara
percuma yang dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada bulan Julai ini.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah mendapatkan borang penyertaan secara percuma di:

PEJABAT YB USTAZAH HJH SITI ASHAH BT HJ GHAZALI EXCO PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI KEDAH BLOK E, ARAS 5, (ZON B) WISMA DARUL AMAN ALOR SETAR, KEDAH

TEL: 04-7340030/ 047744117/ 047744118
HUBUNGI: PUAN YATI

Syarat-syarat kelayakan:

1) Merupakan perkahwinan pertama bagi setiap pasangan

2) Pengantin lelaki anak kelahiran Kedah atau Ibu/Bapa pengantin lelaki anak kelahiran Kedah

3) Pasangan pengantin adalah warganegara Malaysia

4) Pendapatan bulanan pengantin lelaki tidak melebihi RM 1,000.00

5) Pengantin lelaki mestilah bekerja, pelajar tidak termasuk.

Tarikh tutup penyertaan:
30hb Jun 2011

p/s: boleh dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat yg lain yg ingin berkahwin.


NISA' @ Mahligai Sejahtera 2009

.

No comments: