CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 10, 2011

Let's get started!

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung Blog Rasmi Nisa' Kedah yang disayangi, khususnya rakan-rakan Nisa' yang berada di sekitar negeri Kedah.

AlhamduliLLAH mesyuarat 1/2011 telahpun selamat diadakan Sabtu lalu dengan kehadiran AJK yang amat memberangsangkan dari seluruh pelusuk negeri Kedah. Satu permulaan tahun baru yang amat baik! =)

Kami telahpun menyusun program-program yang ceria & bermanfaat bagi sepanjang separuh tahun pertama 2011 khusus untuk para beliawanis yang ingin berkongsi & memberi. InsyaALLAH, program yang telah diatur untuk dikongsi bersama adalah seperti berikut;

1. Program Khidmat Sejahtera Nisa' (Nisa' Small Kindness)
- Tarikh : Sepanjang Februari-Mac
- Konsep : kebajikan (gotong royong masjid/rumah orang tua/rumah anak yatim/pemeriksaan kesihatan dll)
- Sila hubungi koordinator Nisa' kawasan anda (no. telefon di sebelah,akan dikemaskini dari masa ke semasa)

2. Nisa' Kedah Bowling Tournament '11
- Tarikh : 2 April 2011
- Tempat : Park Avenue Hotel, Sungai Petani
- Saringan peringkat kawasan : Sila hubungi Koordinator Nisa' Kawasan anda (no. telefon di sebelah, akan dikemaskini dari masa ke semasa)

3. Jambori Nisa' Kedah - Musim Pertama
- Tarikh : 28, 29 & 30 Mei 2011
- Tempat : Akan diberitahu kemudian

4. Lain-lain
- Program terkini di setiap kawasan akan sentiasa dikemaskini di dalam Blog Rasmi Nisa' Kedah ini. Pastikan anda sentiasa bersama kami!

Jangan lupa 'like' fanpage Nisa' Kedah di Facebook (^_^)v

No comments: