CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 18, 2013

Nisa' Small Kindness : Raikan Raya

Ramadhan kali ini Nisa' Kedah akan mengukir senyuman anak-anak yatim dengan ber-shopping baju raya bersama mereka.

Untuk memenuhi hasrat kami & Nisa' Malaysia ini, anda boleh menjadi sebahagian daripada kami dengan menghulurkan sumbangan berbentuk tunai ke akaun berikut,




Kepada yang menyumbang, kami doakan semoga ALLAH memelihara Cik/Puan & keluarga di Dunia & Akhirat disamping melipatgandakan pahala amalan sepanjang Ramadhan ini.

Salam Sayang,
Nisa' Kedah

Sunday, June 17, 2012

Nisa' Kedah @ Pesta Buku Negeri Kedah 2012

Jom! Temui kami dalam slot Nisa' Kedah di Pesta Buku Negeri Kedah;

Khamis, 21 Jun 2012

3 petang - Talkshow bersama Munif Hijjaz
8 malam - Kedah Berselawat & Persembahan Burdah
9 malam - Istimewa bersama Imam Muda Hizbur Astro Oasis




Tuesday, February 21, 2012

Jangan Lalai Lagi... L♥VE yourself..!


L♥VE yourself..!

Ragut?? Cabul?? Rogol?? Bunuh?? Jenayah siber?? Rompak??

Join 'Talkshow : Jangan Lalai Lagi', ketahui apa yang anda perlukan untuk melindungi diri & hak anda.

Jom berlepak santai, bergelak ketawa sambil belajar kaedah sebenar menumpaskan peragut & perogol..!!!

Penampilan Istimewa:

Penganalisis Jenayah / Panel Jemputan MHI TV3, **Kamal Affandi Hashim** (bakal muncul bersama Aaron Aziz dalam KL Gangster 2)

&

Bersama hos anda, **Nurul Iman Dzulkefly** (Pengacara Solehah TV Al-Hijrah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* masuk PERCUMA
* GOODIES PACK untuk 100 peserta pertama
* 10 HADIAH MISTERI untuk peserta..!! *WOW*

Friday, January 13, 2012

Bowling Nisa' Kedah

Tarikh tutup pendaftaran ISNIN 16 JANUARI 2012.

Beri nama & no. IC pemain pasukan anda pada nombor tertera.

[NISA' Connecting Youth]





.

Tuesday, November 15, 2011

Jambori Nisa' Kedah 2011

Ayuh seluruh ahli, rakan FB & rakan blog Nisa' Kedah sertai kami dalam.....

.

.

.

.

.



Khusus untuk ahli, rakan FB & rakan blogger Nisa' Kedah.

Untuk pendaftaran, hubungi wakil Nisa' berdekatan anda (nombor telefon seperti yang tertera di ruangan sebelah kiri blog ini)

.





Wednesday, August 17, 2011

[Nisa' Alor Setar] Nisa' @ Bazaar Ramadhan


~NISA' Semanis Kurma adalah 1 sentuhan segar dari golongan muda NISA' Alor Setar terus ke lapangan masyarakat Alor Setar. Program NISA' turun padang ini merupakan 1 usaha menyuburkan silaturrahim sesama anggota masyarakat. JOM temui Nisa' Alor Setar~

Dapatkan buah tangan menarik dari NISA' Alor SETAR~

.

Thursday, June 16, 2011

Mahligai Sejahtera Kedah 2011

Foto sumber internet


Assalamualaikum wbt.

Kepada sahabat NISA' yang dihormati sekalian..

Berita baik untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kedah akan menganjurkan Program Mahligai Sejahtera 2011 yang dijangka diadakan pada bulan November tahun ini. Seramai 50 pasangan pengantin akan diraikan bersama-sama YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan barisan EXCO/ ADUN Kerajaan Negeri.

Tujuan program ini adalah untuk meringankan bebanan kewangan pengantin lelaki dalam persediaan perkahwinan. Bakal pengantin yang terpilih akan dberi Kursus Perkahwinan secara
percuma yang dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada bulan Julai ini.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah mendapatkan borang penyertaan secara percuma di:

PEJABAT YB USTAZAH HJH SITI ASHAH BT HJ GHAZALI EXCO PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI KEDAH BLOK E, ARAS 5, (ZON B) WISMA DARUL AMAN ALOR SETAR, KEDAH

TEL: 04-7340030/ 047744117/ 047744118
HUBUNGI: PUAN YATI

Syarat-syarat kelayakan:

1) Merupakan perkahwinan pertama bagi setiap pasangan

2) Pengantin lelaki anak kelahiran Kedah atau Ibu/Bapa pengantin lelaki anak kelahiran Kedah

3) Pasangan pengantin adalah warganegara Malaysia

4) Pendapatan bulanan pengantin lelaki tidak melebihi RM 1,000.00

5) Pengantin lelaki mestilah bekerja, pelajar tidak termasuk.

Tarikh tutup penyertaan:
30hb Jun 2011

p/s: boleh dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat yg lain yg ingin berkahwin.


NISA' @ Mahligai Sejahtera 2009

.